DUA individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua individu terbabit dikompaun atas kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.
Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), membuat 48,495 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.
“Seramai 3,692 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,737 anggota telah membuat pemantauan di 4,582 pasaraya, restoran (5,795), kilang (2,125), bank (3,011), pejabat kerajaan (1,019) dan penjaja (4,022).
“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (120), tempat ibadah (231), tempat riadah (16,447), terminal pengangkutan darat (3,194), terminal pengangkutan air (1,807) dan terminal pengangkutan udara (1,006),” katanya. – Malaysiapost

