Orang awam selamatkan wanita cuba terjun Jambatan Pulau Pinang

0
1

SEORANG wanita yang dipercayai mengalami tekanan dan masalah keluarga, cuba membunuh diri dengan terjun di Kilometer 6.5 Jambatan Pulau Pinang hari ini 

Bagaimanapun tidak sempat berbuat demikian, wanita berusia 38 tahun itu sempat dihalang dan seterusnya diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan. 

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.37 tengah hari lalu menghantar sepasukan anggota ke lokasi. 

“Sebaik tiba kita dapati wanita yang cuba terjun ke dalam laut dari atas jambatan itu diselamatkan orang awam. 

“Kita pujuk mangsa agar tidak lagi mengulangi perbuatan sama sebelum dia mendakwa tertekan dengan masalah keluarga menyebabkannya cuba untuk terjun,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette. 

Tambahnya mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here