PRESTASI perdagangan Malaysia mencatatkan jumlah peningkatan yang memberangsangkan sehingga Februari 2021 dengan pertumbuhan dua digit atau 15.4 peratus.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata berdasarkan laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, prestasi perdagangan negara pada Februari lalu mencecah RM157.27 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Jumlah direkodkan sehingga Februari 2021 merupakan pertumbuhan tertinggi berbanding Februari tahun lalu.
“Diharap momentum pertumbuhan perdagangan akan lebih baik tahun ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.
Beliau turut meminta rakyat agar bersama memacu ekonomi negara bagi memastikan kestabilan negara terus terjamin. – Malaysiapost

