Air Selangor kerah 15 lori tangki air ke kawasan terjejas

0
1
air selangor

SEBANYAK 15 lori tangki air telah dikerah untuk membekalkan air ke kawasan di sekitar Selangor yang terjejas kerana gangguan air.

Air Selangor menerusi kenyataan hari ini berkata keutamaan bagi bantuan air tersebut diberi kepada premis kritikal antaranya hospital dan pusat dialisis serta untuk upacara kematian.

Pada masa sama Air Selangor memaklumkan kerja pengalihan dan penyambungan paip berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15 Shah Alam telah bermula dan dijangka siap jam 9 malam ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9 pagi tadi.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi lusa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here