BERANG kerana cinta bertepuk sebelah tangan, seorang lelaki warga emas membakar enam motosikal di bawah sebuah blok perumahan di Jalan Macallum di Georgetown, semalam.
Siasatan awal polis mendapati suspek warga tempatan berusia 68 tahun itunbertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan seorang wanita warga asing yang tidak membalas cintanya.
Susulan kejadian itu, pasukan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap ( D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah menjalankan siasatan.
Menurut IPD Timur Laut menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini, berdasarkan maklumat suspek berjaya ditangkap pada jam 1 pagi tadi di sekitar Georgetown.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
“Sebarang maklumat berkaitan kes jenayah di kawasan Timur Laut, boleh disalurkan di talian 04-2181844,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

