Afdlin Shauki sertai PKR

0
1

PELAKON dan pengarah filem, Datuk Adflin Shauki sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebagai platform untuknya berkhidmat kepada masyarakat.

Afdlin berkata, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja kemanusiaan.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga mendorongnya untuk mendekati rakyat.

Beliau berkata, jiwa besar dan dedikasi Anwar dalam perjuangan politik di sebalik jerih perih yang dilaluinya juga banyak mencetus keinsafan dalam dirinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaafkan dan menerima kembali orang yang pernah memasukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengsaraan yang beliau dan keluarga lalui. Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata seperti dilapor Astro Awani.

Pengumuman penyertaan Afdlin dan penyanyi Altimet ke dalam PKR akan diumumkan oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam acara Temu Anwar di sebuah hotel di Ampang pada 1 April ini.

Afdlin berkata, keputusannya menyertai PKR selepas pernah berjuang bersama Umno adalah atas kemahuan dirinya sendiri.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here