Shahidan patut dari awal utamakan amal jama’iyy – Puad

0
1
puad zarkashi

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memaklumkan Datuk Seri Shahidan Kassim perlu muhasabah dengan peristiwa yang berlaku sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

Menurutnya, ketika Pengerusi Perhubungan Umno Perlis itu berucap mewakili kawasannya, Shahidan di ‘boo’ oleh perwakilan beberapa kali.

“Apabila dia mengatakan musuh utama Umno ialah Pakatan Harapan (PH) dan DAP, perwakilan menjerit ‘PPBM (Bersatu) pun sama’.

“Shahidan sekali lagi di ‘boo’ bila cadangkan supaya perkataan ‘memutuskan kerjasama’ dengan PPBM di dalam usul dipinda kepada ‘dirunding semula’,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Umno hari ini sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bersatu dan DAP.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, keputusan itu adalah muktamad dan menegaskan tiada sebarang rundingan diadakan dengan pihak berkenaan seperti yang tersebar sebelum ini.

“Ingin saya tegaskan pendirian kita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

“Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ‘No PPBM (Bersatu), No Anwar, No DAP’. Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Umno tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perwakilan Umno perlu yakin dengan kepimpinan parti itu bahawa tidak akan ada sebarang rundingan dengan PKR mahupun DAP.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 akan datang sudah dititik noktahkan.


“No PPBM. Bersolidaritilah dengan keputusan MKT dan PAU 2020. InsyaAllah Umno lebih padu,” ujarnya lagi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here