PAU 2020: Zahid nafi guna kuasa veto

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan bahawa beliau menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan parti.

Ahmad Zahid berkata, tidak ada dalam perlembagaan Umno membolehkan untuk menggunakan kuasa individu sebaliknya ia dilakukan secara kolektif.

“Walaupun ada orang kata saya guna kuasa veto bila buat keputusan Majlis Tertinggi (MT). Itu hanya satu tuduhan melulu.

“Semua keputusan dalam Umno dibuat secara kolektif dan keputusan MT adalah muktamad,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2020 di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya ada di kalangan ahli Umno yang menyanggah keputusan dibuat MT menerusi usul perbahasan hari ini, beliau akan serahkan kepada perwakilan mengambil tindakan.

Beliau berkata, Umno juga berdepan cabaran apabila maruah parti itu cuba dibeli bagi memberi tekanan untuk membuarkan Umno.

“Saya tolak semua tawaran, Umno tidak akan menukar tuan. Tuan Umno adalah ahli-ahli Umno dan rakyat keseluruhannya.

“Saya selaku presiden memilih jalan sukar, tapi saya tidak akan tunduk kepada ugutan dan tuduhan,” katanya.

Ahamad Zahid berkata, Umno tetap tegas dengan pendiriannya dan tidak akan tunduk terhadap ‘apit lempang’ ‘cencang kalang’ untuk mengubah keputusan yang dibuat parti.

“Apit Lempang dan kuncu-kuncunya ini sehingga semalam masih merayau-rayau menjadi makhluk perosak kepada parti.

“Eh Apit Lempang cukuplah… Kalau rasa nk jadi pemimpin, taat kepada peraturan dan keputusan parti, betul?,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 12 Mac lepas bersetuju bahawa Ahli Parlimen Umno dan BN akan memberi sokongan kepada en blov pembentukan kerajaan baharu selepas keruntuhan kerajaan lalu.

“Begitu juga sama dalam isu kerjasama dengan Bersatu. Iaitu ada tempoh jadual waktunya dan kita tidak boleh berganjak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here