PAU 2020 tentukan nasib Umno

0
2

MESKIPUN berlangsung dalam norma baru, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 masih meriah dengan caranya sendiri.

PAU 2020 yang dijangka menjadi tumpuan hangat para pemerhati politik tanahair telah dimulakan hari ini seawall 7.30 pagi dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka PWTC KL.

Kemudian disusuli pemeriksaan barisan oleh Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan buat pertama kali ia berlangsung dalam suasana norma baharu kerana penularan pandemik Covid-19.

Upacara menaikkan ‘Sang Saka Bangsa’ itu dimulakan dengan menaikkan bendera diiringi lagu Wanita Umno, seterusnya Pergerakan Pemuda dan diikuti Pergerakan Puteri yang dilakukan oleh ketua masing-masing.

Wanita Umno disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Pergerakan Pemuda Umno oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki manakala Datuk Zahida Zarik Khan bagi Pergerakan Puteri Umno.

Ini kemudian disusuli dengan nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dengan ‘Sang Saka Bangsa’ dinaikkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dikibarkan, yang turut diiringi Timbalannya. Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan.

PAU 2020 dijangka akan menentukan hala tuju landskap politik Umno terutamanya menjelang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), akan diteruskan dengan perasmian persidangan oleh Ahmad Zahid tepat jam 9 pagi di Dewan Merdeka.

PAU kali ini menghimpunkan perwakilan dari 190 bahagian di seluruh negara kecuali Sarawak secara hibrid. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here