Perjumpaan majlis sosial di Miri cetus kluster baharu

0
1

PERJUMPAAN di sebuah majlis sosial di Kampung Pasir, Miri di Sarawak mencetuskan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gridbid.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Mac lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 5 Mac lalu di Kampung Pasir, Miri. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Datuk Gridbid, Lutong.

“Sehingga 27 Mac lalu, sejumlah 223 individu telah disaring, sebanyak 46 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti.-Malaysiapost

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:

  1. Inanam Taipan, Sabah (tempat kerja)
  2. Jalan Kastam Baru, Sabah (tempat kerja)
  3. Jalan Kong Kong, Johor (tempat kerja)
  4. Tapak Bina Bulatan Pandan, Kuala Lumpur (tempat kerja)
  5. Jalan Putra Square, Pahang (tempat kerja)
  6. Jalan Gridbid, Sarawak (komuniti)
  7. Kampung Baru Hilir, Sarawak (komuniti)
  8. Jalan Tanjung Kidurong, Sarawak (komuniti)
  9. Gong Kulim, Kelantan (komuniti)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here