PAU 2020 kurang bicara mengenai agenda Melayu, Islam – Annuar

0
1

BEKAS Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 kurang membicarakan mengenai agenda Melayu dan Islam.

Ahli Parlimen Ketereh itu yang mengakui sedih mengenai perkara itu, berkata PAU 2020 dilihat menjadi medan para perwakilan berbahas untuk menyerang sesama sendiri.

“Saya menghadiri PAU sejak 1981..ini tahun ke 40 menjadi perwakilan..Dukacita melihat semakin kurang di bicarakan agenda Melayu dan Islam.

“Semakin ghairah ucapan menyerang sesama parti Melayu,dan semakin banyak diselit dengan sindiran-sindiran sesama Umno. Mungkin inilah norma baru kita,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, dalam hantaran lain di Facebooknya, Annuar mendakwa senarai pembahas pada PAU 2020 sudah ditentukan presiden parti itu.

Beliau juga menyifatkan PAU 2020 adalah perhimpunan ‘paling tersusun’ dan paling pendek dengan setiap perwakilan hanya dapat mendengar di bahagian masing-masing.

Annuar berkata, keadaan itu sekali gus memperlihatkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lebih tinggi daripada persidangan berkenaan.

“Walau perlembagaan parti menyatakan sebaliknya.. percubaan bercakap lain dari MKT dikira melanggar disiplin,” katanya.

PAU 2020 yang bermula hari ini sehingga esok, menjadi tumpuan ramai pemerhati politik kerana parti itu dijangka akan mengumumkan secara rasmi memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Bagaimanapun, MKT bulan lalu, telah memutuskan untuk tetap menyokong Kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen terbubar. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/pau2020-hanya-orang-zahid-sahaja-boleh-bahas-annuar-musa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here