Majlis nikah tiada penjarakan sosial boleh, solat jemaah di masjid bila? – Netizen

0
2

Nurul Huda Abhar

BERAKHIR sudah gosip berkenaan hubungan cinta selebriti popular Neelofa apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan PU Riz dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Namun, muncul pula persoalan di media sosial mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa majlis pernikahan itu berlangsung.

Ini kerana tular foto tetamu yang hadir semasa pernikahan tersebut duduk dalam keadaan rapat dan tiada penjarakan sosial.

Malah, netizen berkata kerajaan mengamalkan undang-undang ‘antara dua darjat’ apabila menutup mata pada majlis pernikahan golongan atasan tetapi tidak pada rakyat marhean.

Foto tular di Facebook

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berpendapat jika majlis pernikahan dibenarkan berlangsung, maka kerajaan juga perlu melonggarkan syarat kebenaran solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz selamat bernikah dalam majlis yang berlangsung di Grand Ballroom di Hotel Grand Hyatt.

Turut hadir bersama sebagai jurunikah buat majlis pernikahan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tetamu yang hadir dikatakan sekitar 100 orang terdiri daripada keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here