Apalah dosa sampai dicampak oleh guru

0
2

MENJADI seorang guru bukan hanya mengajar murid di kelas, malah menuntut kesabaran tinggi ketika berhadapan pelbagai kerenah dan ragam.

Ibarat kata pepatah lain padang, lain belalang, pastinya seseorang guru itu berhadapan pelbagai kerenah yang berbeza mengikut peringkat umur murid.

Malah, mengajar kanak-kanak pra sekolah atau tadika memang memenatkan dan menuntut kesabaran yang tinggi kerana mereka masih budak dan dalam peroses menyesuaikan diri ke alam persekolahan.

Hari ini tular di media sosial video seorang guru perempuan tergamak mencampak seorang budak dipercayai muridnya.

Entah apa yang merasuk guru itu sehinggakan dia hilang pertimbangan terhadap seorang murid lelaki.

Video itu memaparkan guru perempuan itu menolak seorang murid lelaki sehingga terjatuh di hadapan murid lain yang berdiri dalam barisan.

Malah, selepas itu guru itu meluru lalu mengangkat murid lelaki itu dan mencampaknya ke barisan belakang.

Bagaimanapun video itu tidak menyatakan nama dan lokasi tadika itu.

Video tersebut telah mengundang kecaman netizen.

Tinjauan di Instagram, rata-rata mengecam tindakan guru itu yang tergamak melakukan perbuatan tersebut kepada seorang murid tadika.

Pelbagai kecaman negatif dilemparkan, antaranya mempertikaikan bagaimana wanita itu boleh menjadi seorang guru.

Ada juga netizen yang menyarankan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas guru yang tiada sifat peri kemanusiaan itu.

Malah ada juga yang sedih kerana sampai hati seorang guru boleh melakukan kepada anak kecil yang kesalahannya boleh dimaafkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here