Apa sudah jadi Nonny?

0
2

Nurul Huda Abhar 

PELAKON dan penyanyi Nonny Nadirah mengejutkan netizen dengan muncul memuat naik gambar seksinya di laman Instagram, hari ini. 

Nonny yang tampil dengan imej bertudung sejak 2019, hari ini memuat naik video berdurasi 38 saat yang memaparkan wanita seksi dan mengenakan stoking jaring berwarna hitam. 

Bagaimanapun, wajah wanita itu dilindung dengan dengan face shield (pelindung muka). 

“It’s good to be back,” tulisnya ringkas di ruangan kaspyen. 

Semakan Malaysiapost di Instagramnya mendapati Nonny telah memadam semua gambar yang telah dimuat naik sebelum ini. 

Video yang sama turut dipaparkan di ruangan Insta Storynya. 

Namun, pelakon kelahiran Sabah itu telah menutup ruangan komen di hantaran video tersebut. 

Menerusi komen-komen di media sosial, rata-rata netizen terkejut dengan berita tersebut dan berharap wanita yang dipaparkan dalam video itu bukanlah Nonny. 

Pada tahun lalu, Nonny mengumumkan terpaksa membatalkan rancangan perkahwinan bersama kekasihnya yang juga pelakon, Niezam Zaidi. 

Nonny atau Niezam sehingga kini tidak tidak mendedahkan punca mengapa rancangan perkahwinan mereka dibatalkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here