Jari sudah berinai, benar Neelofa kahwin hujung minggu ini?

0
1

Nurul Huda Abhar

NAMPAKNYA teka teki mengenai tarikh pernikahan Neelofa semakin hangat, apabila hari ini tular satu video yang menunjukkan jari selebriti popular itu sudah berinai merah.

Menerusi Insta Story Neelofa, usahawan itu menceritakan sedang dalam perjalanan ke set penggambaran bagi sebuah program terbaharu bersama Nabil Ahmad.

Dalam video tersebut, Neelofa ingin mempromosi produk minuman kesihatannya, namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah jari jemari selebriti kelahiran pantai timur itu sudah dihiasi inai merah.

Situasi itu menguatkan lagi gosip berkenaan tarikh pernikahan Neelofa bersama PU Riz yang dikatakan akan berlangsung hujung minggu ini.

Terdahulu, pasangan ini menjadi bualan netizen apabila dikatakan akan melangsungkan pernikahan iaitu antara 25 hingga 27 Mac 2021.

Desas desus mengenai pernikahan mereka timbul apabila satu perkongsian Instagram @lofa.page kelihatan PU Riz sedang memilih samping songket di sebuah kedai.

Media turut melaporkan, Neelofa dan PU Riz bakal bernikah pada Sabtu pagi, dan lokasi St.Regis Hotel disebut-sebut sebagai pilihan pasangan itu untuk majlis resepsi mereka pada sebelah malam hari yang sama. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/23/majlis-nikah-neelofa-pu-riz-hujung-minggu-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here