Cubaan bunuh Mahathir digagalkan

0
1

POLIS mendedahkan berjaya  mematahkan rancangan membunuh beberapa pemimpin negara termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tahun lalu. 

Pendedahan itu dibuat oleh  Penolong Pengarah Unit Counter-Terrorism Cawangan Khas (E8), Senior Asisten Komisioner Azman Omar dalam satu forum maya berkenaan radikalisme dan ekstremisme pagi tadi. 

Menurut Azman seorang suspek yang merancang pembunuhan itu berjaya ditangkap dan mengaku merancang untuk menyerang secara bersendirian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Menurut laporan The Malaysian Insight, individu itu merancang untuk menikam mereka.

“Kami dapat menghalang dia daripada melakukan jenayah itu pada Januari 2020, beberapa bulan sebelum negara bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya di forum anjuran International Institute of Advanced Islamic Studies.

Kes itu antara tujuh tangkapan yang dibuat E8 pada 2020, kata Azman, berbanding lebih 10 serbuan dan tangkapan pada 2019, dan 109 serbuan dan tangkapan pada 2018.

Berhubung ancaman militan agama, Azman berkata situasi sekarang terkawal dengan golongan pensimpati kurang dorongan selepas kematian pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi, dan militan warga Malaysia lain.

“Usaha yang pasti gagal bagi mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here