PERGADUHAN membabitkan dua individu dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak tular di media sosial sejak semalam.
Menerusi rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu menyaksikan pergaduhan antara seorang lelaki warga emas dan seorang wanita muda.
Dalam rakaman video tersebut, lelaki warga emas berkenaan kelihatan terlebih dahulu menjerit ke arah wanita tersebut sebelum wanita berkenaan menampar dan cuba menendangnya.
Disebabkan tindakan agresif wanita tersebut, lelaki terbabit kemudian dilihat cuba membalas semula sekali gus mengakibatkan keadaan menjadi bertambah tegang.

Menerusi video itu, beberapa individu dipercayai pengawal keselamatan cuba mengawal situasi tersebut selepas dua lelaki secara tiba-tiba mengamuk dan cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini, punca pergaduhan tersebut masih belum diketahui
Insiden itu menerima kecaman netizen dengan sebahagian mereka menyelar perbuatan wanita berkenaan bertindak demikian terhadap seorang warga emas.
Malah, ada juga mempersoalkan tindakan lelaki warga emas itu menjerit terhadap wanita muda tersebut. – Malaysiapost

