Datuk Seri belum ditangkap lagi – Ayob Khan

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih memburu Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang dikehendaki bagi membantu siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya masih meneruskan usaha-usaha mengesan individu terbabit dan setakat ini belum ada penahanan dibuat.

“Berikutan penularan berita di media sosial yang menyatakan suspek berjaya ditangkap, Polis Johor mengesahkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar dan palsu.

“Pihak polis ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/21/jenayah-terancang-polis-johor-cari-datuk-seri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here