Op Khas Ekzos Bising bukan sebab nak untung – KPN

0
1

SAMAN terhadap penunggang motosikal kerana mengubah suai ekzos bukan untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai peringatan tegas terhadap golongan yang mengganggu ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis akan terus melaksanakan Op Khas Ekzos Bising di seluruh negara, walaupun menerima pelbagai tohmahan pihak tertentu.

Beliau menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab polis melindungi penduduk yang selama ini sengsara dengan bunyi bising ekzos kenderaan.

“Saya ingatkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk tidak patah semangat kerana kritikan sesetengah pihak.

“Kita mahu jaga keselesaan dan keselamatan orang yang tinggal khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sering berdepan bunyi bising itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, lapor Berita Harian.

Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati golongan yang mengubah suai ekzos motosikal mempunyai minat terutama dalam aspek kosmetik luaran yang mana proses ubah suai melibatkan kos antara RM200 hingga RM2,000.

“Ini supaya motosikal kelihatan lebih bergaya, selain kononnya bagi meningkatkan kelajuan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, polis telah mengeluarkan 5,721 saman terhadap 4,087 pengguna motosikal bermula 1 Mac hingga kelmarin, selain menyita 2,389 motosikal untuk membantu siasatan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/ops-ekzos-bising-ramai-mat-motor-tukar-jadi-mat-standard/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here