MKN lulus Umno adakan PAU

0
1
Delegates of United Malays National Organisation (UMNO) shout slogans during its party's annual general assembly in Kuala Lumpur on December 6 2013. The Malaysian Insider Picture

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata PAU dibenarkan diadakan dengan syarat yang ditetapkan MKN.

“MKN Wilayah Persekutuan telah meluluskan PAU 2020 melalui surat bertarikh 19 Mac 2021.

“Perbincangan Setiausaha Agung Umno dengan Pengarah MKN Wilayah Persekutuan dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi juga telah diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, Umno akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan.

“Selain itu, bagi tujuan pematuhan SOP, Umno akan menambah anggota keselamatan seperti RELA dan Skuad Sabil.

“Pemerhati orang awam dan ahli Umno yang bukan perwakilan tidak dibenar hadir ke PWTC kali ini.

“Tidak akan ada gerai jualan dan food trucks dibenarkan beroperasi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, sebanyak 42 agensi media cetak dan elektronik telah memohon untuk membuat liputan pada perhimpunan kali ini setakat 23 Mac 2021.

“Berikutan SOP ditetapkan, tiada petugas media dibenarkan untuk berada di dalam dewan persidangan. Media boleh membuat liputan di Laman Media secara maya di Bilik Mawar, Aras 2, PWTC,” katanya.

PAU kali ini bakal mencuri tumpuan kerana Umno dijangka akan menentukan hubungan kerjasama politik antara dengan Bersatu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/annuar-dakwa-jurucakap-pau-ditukar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here