Aktivis wanita PKR lapor polis, dakwa diraba Adun Amanah

0
1

SEORANG aktivis wanita PKR membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Amanah Negara (Amanah) atas dakwaan mencabul.

Laporan polis terhadap Adun dari sebuah negeri di utara itu dibuat di Subang Jaya minggu lalu, lapor MalaysiaNow.

Portal tersebut melaporkan kejadian itu berlaku dalam kereta ahli politik berkenaan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Polis mengesahkan laporan tersebut, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Aktivis berkenaan menerusi laporannya mendakwa pada mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari lalu, dan bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya.

Wanita itu berkata dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana “berbesar hati” dibelanja ahli politik tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Di dalam laporan itu juga, wanita itu mendakwa mengalami “gangguan emosi” sejak kejadian tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Adun yang dimaksudkan adalah salah seorang pemimpin kanan Amanah yang juga anak kepada seorang tokoh politik di Kedah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here