Jurutera kecam pengamal media sampah di Twitter, mohon maaf

0
1

KERANA mulut badan binasa, seorang jurutera kanan Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan mengecam Harian Metro dan wartawannya sebagai sampah.

Beliau dikenali Ir Dr Zarulazam Eusofe menerusi Twitternya melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada semua pengamal media.

“Kepada rakan-rakan editor dan wartawan yang tersinggung dengan tweet yang dibuat, saya rendah diri memohon maaf dan kesal perkara yang berlaku.

“Ianya berlaku di atas kelemahan saya sendiri,” katanya.

Terdahulu, kecaman ‘sampah’ yang dibuat Zarulazam itu ketika berkongsi ciapan di Twitter Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin berhubung laporan tentang kematian seorang jururawat Hospital Pulau Pinang yang meninggal dunia, baru-baru ini.

“Well done @Khairykj .. Wartawan & akhbar sampah mcm ni wajar diajar!!” tulisnya dalam ciapan tersebut.

Ciapan tersebut kemudiannya menjadi tular dalam kalangan pengamal media.

Malah ramai yang menyuarakan ketidakpuasan hati di atas keterlanjuran dan kebiadapan beliau. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here