Altimet teruja dapat sumbang van jadi ambulans

0
1

Nurul Huda Abhar

KOMPOSER dan penyanyi hip hop, Altimet berbesar hati untuk menyumbangkan sebuah van milik syarikatnya untuk ditukarkan kepada ambulans untuk kegunaan orang ramai.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 42, memberitahu amat teruja semasa melihat proses ubah suai van miliknya itu.

“Hujung minggu yang lepas ni saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

“Esok saya post video dia ok? Ye saya tau satu ambulans je kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, penyanyi lagu ‘Sang Saka Biru’ itu terlibat sevcara langsung dalam projek bersama Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia.

Menurut Altimet, meskipun sumbangannya hanyalah sebuah van, namun beliau berharap ianya dapat memberi manfaat.

“Tapi perlahan-perlahan kayuh, moga kenderaan ni boleh bawa manfaat kat kita semua. Terimalah kasih semua yang menyumbang… @onenationcentre let’s gooooo!,” ujarnya.

Hantaran tersebut dibanjiri dengan kata-kata semangat daripada pengikutnya yang menyokong kebaikan yang cuba diterapkan oleh Altimet.

“Hari ini ambulans, akan datang mungkin hospital pula”.

“Dah lama menuai, sekarang masa untuk kongsikan hasil. Ini corak dan langkah yang baik. Teruskan dengan seribu lagi impian dan doa”.

“Van mungkin satu je bro, tapi pahala dan kebaikan tak ternilai. Semoga dipermudahkan segala urusan”. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/03/22/ezzaty-sedih-tak-dapat-sujud-kaki-cedera-akibat-terjatuh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here