Satu lagi kluster baharu berpunca majlis pengebumian

0
1

Nurul Huda Abhar

SATU kluster baharu yang dikesan hari ini berpunca daripada individu yang hadir majlis pengebumian melibatkan daerah Sarikei, Tanjung Manis, dan Kuching di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster tersebut dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Mac hasil saringan kontak rapat.

“Kluster ini melibatkan majlis pengebumian di Kampung Rajang, Tanjung Manis, Mukah pada 1 hingga 3 Mac 2021.

“Sehingga hari ini sejumlah 271 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyatan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Usahawan (70 kes), Kluster Tanjung Suria (70 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes).

“Kementerian kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti,” katanya lagi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:

1. Taman Tunku   WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
2. Tapak Bina Jalan Usahawan WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
3. Batu 22    Johor   Tempat Kerja
4. Jalan Tenteram   Johor   Tempat Kerja
5. Jalan Kemajuan   WP Labuan  Tempat Kerja
6. Jalan Helang   Selangor  Tempat Kerja
7. Jalan Gambang   Pahang   Tempat Kerja
8. Industri Permata   Negeri Sembilan Tempat Kerja
9. Rajang    Sarawak  Komuniti
10. Jalan Belimbing   Johor  Komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here