Nurul Huda Abhar
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat cubaan kerajaan melalui seorang ‘menteri kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa Ahli Parlimen untuk kekal berkuasa.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata beliau menyuarakan isu tersebut dalam pertemuaan bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), Datuk Seri Mohd Azam Baki hari ini.
Beliau berkata, tindakan dan siasatan menyeluruh pihak berkuasa diperlukan berhubung isu berkenaan.
“Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM tadi adalah bagi menyampai serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.
“Isu rasuah dan salah guna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa ia badan yang mempunyai integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan ‘pandang bulu’. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/16/anwar-dakwa-5-ahli-parlimen-pkr-cuba-dipancing-pn/

