Armand nafi dalang bocor butiran mesyuarat MKT

0
1

DATUK Armand Azha Abu Hanifah hari ini tampil menafikan dirinya adalah dalang yang dikatakan telah membocorkan butiran mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno selama ini.

Malah, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut bersumpah bahawa dirinya tidak menerima sebarang imbuhan atau habuan untuk melakukan sebarang perkhianatan kepada parti.

“Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Ingin Bersumpah Agar Tidak Ada Kekeliruan…

“Wallahi Wabillahi Wattallahi Bersumpah Tidak Pernah Dapat Habuan Bulanan Apa Lagi Dedah Mesyuarat MT UMNO..

“Jika Ada Mana-mana Yang Dapat Habuan Tersebut Harap Pihak Lembaga Dispilin Siasat Dan Amik Tindakan Mengikut Perlembagaan Parti,” katanya, hari ini.

Minggu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dua orang Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu telah dikenal pasti sering mendedahkan butiran mesyuarat MKT kepada pihak musuh.

Menurut Ahmad Zahid, dua orang yang dimaksudkan itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita.

Bagaimanapun sehingga kini, Umno belum mendedahkan dua dalang yang yang cuba mensabotaj parti itu kepada umum. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/umum-pecat-2-ahli-mt-tindakan-tak-bijak-annuar/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here