Zahid beri amaran pada Shahidan?

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa menolak sekeras-keras permohonan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menarik usul tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut sumber, Shahidan Kassim dipanggil oleh Ahmad Zahid ke Mahkamah semalam.

Katanya, beliau diminta Presiden untuk menarik usul Umno tidak akan bersama Bersatu namun terus ditolak oleh Presiden dengan nada tinggi dan keras.

“Presiden berkata.., sila ikut ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.., jangan diubah.

“Shahidan Kassim kata.., beliau hanya beri cadangan.. Namun Presiden jawab, ‘Cubalah Buat’,” menurut sumber itu.

Terdahulu, menurut laporan media, sebanyak 124 bahagian Umno mengemukakan usul menolak kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu bukan disebabkan kluster mahkamah, namun ia merujuk kepada pendakwaan dihadapi beberapa pemimpin Umno ketika ini.

“Ia lebih peristiwa yang berlaku di bahagian masing-masing. Ada contoh paling jelas. 15 bekas pemimpin (Umno) bahagian yang sebelum ini menjadi Ahli Parlimen didokong oleh Umno, kemudian berhijrah ke Bersatu. Bahagian itu tentulah sukar bekerjasama dengan Bersatu,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here