Nabila-Engku Emran: Neelofa bersyukur, Shaznaaz ucap tahniah

0
1

SELEBRITI terkenal, Neelofa menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas pernikahan kakaknya, Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin ,46, pagi tadi.

Neelofa berkata, dia mendoakan pasangan mempelai itu dikurniakan kebahagiaan selamanya.

“Hari ini merupakan hari bahagia kakak saya, Noor Nabila. Saya berasa sangat gembira melihat Nabila meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.

“Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menerusi Instagram pelakon, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada bekas isterinya itu di atas perkahwinan tersebut.

“Selamat pengantin baharu Nabila dan Engku Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok naa,” tulisnya.

Sebelum ini, Nabila pernah berkahwin dengan Shaznaaz, dan dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Namun mereka bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Manakala, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella tetapi berakhir dengan perceraian.

Penyatuan ini sekali gus menjadi perkahwinan ketiga buat Nabila dan Engku Emran. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/noor-nabila-engku-emran-sah-bernikah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here