Tahan keterangan Najib pencabulan hak perlembagaan – Azalina

0
2

Nurul Huda Abhar 

SURAT peguam, Roger Ng berkaitan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menarik perhatian hakim yang mendakwa perkara tersebut adalah sensitif memandangkan perbicaraan kes itu masih berjalan. 

Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata untuk menahan keterangan daripada Najib merupakan suatu pencabulan ke atas hak perlembagaan bekas Perdana Menteri itu kepada perbicaraan yang adil dan saksama. 

“Hakikatnya kerajaan Amerika Syarikat (AS) harus mengemukakan keterangan dan bukti yang boleh menzahirkan pendedahan penting berkaitan pembelaan Najib. 

“Apa yang membimbangkan ialah surat itu turut menyatakan bahawa kerajaan AS seakan-akan aktif dalam melindungi Goldman Sachs. 

“Dan bahawa kerajaan AS dan Goldman Sachs bersama-sama demi kepentingan mereka semata-mata dan ini perkara yang amat merisaukan. 

“Hak kepada perbincangan yang adil adalah hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baru-baru ini, portal FMT melaporkan peguam Roger Ng, dari syarikat Brafman & Associates mendakwa kerajaan AS telah menahan (withhold) maklumat yang boleh membantu pembelaan Najib dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung. 

Ia apabila Kerajaan AS telah campur tangan dengan permohonan penzahiran dan pemeriksaan dokumen (discovery application) oleh Najib. 

Sementara itu, peguam tersebut juga memohon mahkamah di New York untuk mengarahkan pematuhan kepada sapina untuk memberi keterangan dan mengemukakan dokumen untuk membuktikan bahawa pegawai 1MDB terlibat dalam skim jenayah membabitkan Jho Low dan Leissner. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/08/kerajaan-fail-saman-rm67-9-juta-dari-sekutu-jho-low/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here