‘Suara rakyat agar Parlimen dibuka makin kuat’ – Ahmad Maslan

0
1

Nurul Huda Abhar

“SUARA rakyat agar Parlimen dibuka semakin kuat didengar,” kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, kini terletak di tangan Kabinet untuk memberi nasihat yang tepat berkaitan dengan pembukaan kembali sidang Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jika #BazarRamadan akan dibuka, sekolah sudah, ekonomi juga, tentulah tidak salah bertanya kenapa Parlimen belum.

“Suarakan #SuaraRakyat

“Saya #AhliParlimen yang sejak Januari 2021 meminta agar #Parlimen dibuka,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Ahmad Maslan berkata, beliau antara Ahli Parlimen yang paling kerap berbahas, bertanya dan memberi cadangan kepada kerajaan berhubung isu tersebut.

“Ada 100 MP umur lebih 60 tahun. Namun ada 120 MP umur kurang 60 tahun. Korum sidang utk #DewanRakyat hanya 26 MP.

“Eloklah ianya dibuka,” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memkalumkan Jemaah Menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.

Beliau berkata, keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan Parlimen.

“Di Parlimen sekarang ini, ada 220 Ahli Parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 Ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang,” katanya.

Pada 24 Febuari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. -Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/persidangan-parlimen-penting-untuk-kestabilan-negara-shafie-apdal/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here