Sarawak tetap tidak halang Kristian guna kalimah Allah

0
1

KERAJAAN Sarawak tetap meneruskan amalan biasa yang digunakan selama ini berkaitan toleransi agama di negeri itu.

Pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg konsisten terhadap dasar yang berkaitan dengan toleransi agama dalam negeri, sebagaimana yang diterapkan oleh kepimpinan terdahulu yang diterajui oleh Tun Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

“Kaum Muslim hormat kepada Kristian, sebagaimana Kristian menghormati Muslim, dan juga mereka dari agama lain. Tidak ada sebarang sekatan bagi Kristian di Sarawak untuk menggunakan perkataan “Allah” dengan penuh hormat. Usaha kita membantu lain-lain agama menerusi penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) menjadi bukti,” menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan kehangatan isu pengganut Kristian dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggunakan kalimah Allah pada buku-buku keagamaan mereka, minggu lalu.

Pada masa sama, kenyataan itu mendakwa tindakan sesetengah pihak seolah-olah memperjuangkan isu itu adalah sekadar berpura-pura, dengan menggunakan fraseologi Allahyarham Adenan berhubung toleransi keagamaan; dan hasrat pihak-pihak ini adalah semata-mata untuk mempolitikkan isu, menjelang ketibaan pilihan raya negeri (PRN).

“Kepimpinan GPS bercaya orang ramai tidak akan terpengaruh dengan taktik bagi menyemai keraguan terhadap pendirian kerajaan, sebaliknya akan terus berdiri teguh melindungi perpaduan agama di Sarawak,” katanya. – Malaysiapost.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/16/resolusi-isu-kalimah-allah-akan-dipersembah-kepada-majlis-raja-raja/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here