Bazar Lorong TAR kembali meriah Ramadan ini

0
1

ORANG ramai boleh membuat persiapan Hari Raya Puasa dengan mengunjungi bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada tahun ini susulan dibenarkan beroperasi mulai 17 April.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya hari ini telah mengesahkan perkara itu.

Menurut Annuar, kebenaran operasi itu selepas mengambil kira rayuan peniaga bazar berkenaan.

Malah Annuar memaklumkan bazar di Lorong TAR itu juga akan dihidupkan semula.

“Demi memenuhi rayuan peniaga Bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja benarkan bazar dibuka tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di lorong TAR,” katanya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memutuskan bazar Ramadan dibenarkan beroperasi tahun ini.

Annuar berkata, kebenaran operasi di Lorong TAR itu akan disusuli dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pastinya berita gembira itu dapat memgembalikan kenangan kemeriahan orang ramai membeli belah untuk persiapan raya sebelum ini.

Operasi bazar Ramadan Lorong TAR atau Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara sejak 2019 ketika di bawah pentadbiran bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here