JSPT nafi saman pemandu pakai cermin mata gelap

0
1

Nilam Oshman

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan saman kepada individu memakai cermin mata gelap ketika memandu.

Timbalan Pengarah (I) JSPT, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya telah mengesan satu audio yang tular di aplikasi WhatsApp berkenaan perkara itu.

“Antara isi kandungan mesej audio oleh perakam suara, berbunyi info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau Ray-Ban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, polis akan mengenakan saman.

“Malah individu dalam audio itu menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1372388256801693697?s=21

Sehubungan itu, Mohd Nadzri menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan  tidak berasas sama sekali.

Katanya, tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata gelap semasa memandu kenderaan merupakan satu kesalahan.

“JSPT menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau dikongsi di laman sosial,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here