Setahun telah berlalu, kami masih berjuang – Dr Noor Hisham

0
1
dr noor hisham

“SETAHUN telah berlalu dan kami masih berjuang memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” demikian luahan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau mengimbau antara peristiwa permulaan ‘perang’ terhadap pandemik Covid-19 yang kini sudah berlarutan lebih setahun. 

Antaranya adalah perutusan Perdana Menteri mengenai Covid-19 pada 16 Mac tahun lalu yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan pihak yang telah bertungkus-lumus membendung wabak itu. 

“Terima kasih YAB Perdana Menteri atas penghargaan yang diucapkan semasa Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai Covid-19 dan semasa Sidang Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19, 16 Mac 2020. 

“Sesungguhnya kami semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan itu dan akan terus berkhidmat untuk negara,” luahnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Dr Noor Hisham turut berkongsi gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan penghargaan yang hari ini genap setahun. 

“Insya-Allah dengan kepatuhan semua kepada prosedur operasi standard (SOP) kita akan menang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here