Dipenjara 9 bulan kerana curi bawang

0
1

DUA lelaki masing-masing dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Isnin lalu, kerana mencuri tujuh guni bawang merah dan putih dari sebuah kedai, dua bulan lalu. 

Mohd Elmay Emlani, 21, dan Absrin Abraham, 29, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Mereka didakwa mencuri empat guni bawang merah dan tiga guni bawang putih di kedai Pick N Pay di Taman Tuan Huat di Kota Kinabalu, jam 1.15 tengah hari, 29 Januari lalu. 

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 31 Januari lalu susulan satu laporan mengenai insiden kecurian di kedai tersebut. 

Elmay dan Absrin mengaku mencuri bawang itu dari kedai terbabit dan menjualnya kepada sebuah restoran di Sinsuran dengan harga RM85. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan kes dikendalikan pegawai pendakwa polis Inspektor Kelvan Elson Maik. 

Mahkamah memeirntahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman mereka dari tarikh mereka ditangkap. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here