Deretan gerai di Pasar Keramat terbakar

0
1

SATU deretan gerai di Pasar Keramat, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu setakat ini.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Suhaimi Mohd Razali berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang dan menggerakkan lima jentera FRT, dua jentera ‘water tanker’ serta satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama 58 anggota ke lokasi.

Katanya, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju dan BBP Jalan Hang Tuah terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu.

“Kebakaran membabitkan deretan gerai di pasar terbabit. Operasi mengawal dan memadam masih dijalankan,” katanya yang dipetik dari Berita Harian. – MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here