BN tubuh ‘pasukan khas’

0
1

BARISAN Nasional (BN) bersetuju menubuhkan ‘pasukan khas’ bagi memainkan peranan sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Shafri Abd Aziz berkata, pasukan khas itu akan dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat.

“Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat pada 3 Mac lalu, bersetuju untuk BN menjadi suara semak dan imbang mengenai perkhidmatan kerajaan terutama dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Pasukan khas yang bakal ditubuhkan itu dibahagikan kepada lima portfolio.

Bagi pasukan khas dalam bidang pendidikan, akan diketuai Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bidang ekonomi diketuai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sementara Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengetuai bidang berkaitan demokrasi dan perundangan.

Bagi bidang perpaduan nasional pula diketuai Tuan Mosinal @ Richard Kastum dan bidang berkaitan undi automatik 18 tahun dipimpin Sivarraajh Chandran dari MIC. – MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here