Mengapa doa tidak mustajab

0
1
agama doa masjid quran

Nurul Huda Abhar

ANTARA sebab doa tidak dimakbulkan di sisi Allah kerana kita sentiasa berterusan dalam keadaan melakukan dosa.

Demikian perkongsian pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tentang sebab-sebab mengapa doa tidak dimakbulkan Allah SWT.

Menerusi perkongsian di laman TikToknya, beliau juga berkata umat Islam perlu meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT ketika berdoa.

“Dalam masa sama, harapan kita pada Allah. Jangan kita berdoa sambil lewa. Berdoa dalam keadaan bersungguh-sungguh.

“Turuti setiap apa yang kita doa itu dengan perkara-perkara yang baik. Contoh selepas kita berdoa kita turuti dengan derma, infaq atau puasa sunat.

“Ini antara-antara doa kita mustajab di sisi Allah,” katanya dalam video itu.

Perkongsian tersebut dibuat bagi menjawab persoalan pengikut laman Tiktok di ruangan komen.

Sementara itu, Ahmad Dusuki berkata antara sebab lain mengapa doa tidak mustajab adalah kerana masih dibelenggu dengan dosa-dosa yang sama.

“Tapi kadang-kadang orang kita berdoa pada Allah tapi tetap melakukan maksiat yang sama, akhirnya doa tidak diterima di sisi Allah. Buatlah sesuatu,” ujarnya. – Malaysiapost


Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/israk-mikraj-mukjizat-besar-bagi-umat-islam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here