Anwar ‘like’, ulang ciap lukisan satira mukanya dengan bendera Umno

0
1

TINDAKAN Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulang ciap lukisan satira menunjukkan lakaran mukanya bersama bendera Umno yang dihasilkan pereka grafik, Fahmi Reza Mohd Zarin, menguatkan lagi desas-desus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.

Namun tidak diketahui apa maksud sebenar tindakan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu yang turut memberi tanda suka terhadap ciapan berkenaan.

Anwar dijangka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 4.30 petang ini ketika hangat diperkatakan mengenai kerjasama politik antara PKR dengan Umno.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan khabar angin mengenai kerjasama kedua-dua parti itu.

Terdahulu, Fahmi Reza membuat ciapan dengan lukisan satira Anwar bersama bendera Umno serta tangkap layar laporan berita mengenai pemimpin pembangkang itu mengesahkan wujud rundingan PKR dengan Umno.

Ia mendapat pelbagai reaksi termasuk pereka grafik itu sendiri yang seperti terkejut dengan tindakan itu kerana menurutnya beberapa lukisan satiranya membabitkan ahli politik sebelum ini dikenakan tindakan undang-undang.

“(Pada) 2016 aku tweet lukisan satira mantan Presiden Umno dengan muka badut, dapat hukuman penjara.

“(Kini) 2021 aku tweet lukisan satira muka Presiden PKR tengah cium dan jilat lubang Umno, dapat retweet,” kata Fahmi Reza melalui satu ciapan di Twitternya sebagai reaksi terhadap ulang ciap Anwar.

Dalam ciapan susulan Fahmi Reza turut menggesa ahli politik supaya tidak perlu menggelabah dengan lukisan satira muka mereka dan perlu terima unsur jenaka.

“Have a sense of humour & just RT,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here