Alhamdulillah…. negatif – PM

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan ujian swab saringan Covid-19 yang dijalani beliau semalam negatif. 

Perdana Menteri berkata ujian tersebut dijalani beliau pada hari kelima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) setelah kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini, hari kuarantin yang keenam, saya telah mendapat keputusan ujian saringan tersebut dan disahkan negatif. 

“Untuk makluman, saya dan delegasi tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi pada 11 Mac 2021 pukul 9.34 malam. Setibanya di Pangkalan Tentera Udara Subang, saya dan seluruh delegasi telah diberi HSO untuk tempoh tujuh hari dan dipakaikan gelang pengawasan. 

“Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi telah menjalani sebanyak lima ujian swab saringan Covid-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus tersebut ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here