PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama Pfizer-BioNTech pagi tadi.
Berkongsi mengenainya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau menerima suntikan vaksin berkenaan pada jam 11 pagi tadi.
“Alhamdulillah, pada jam 11 pagi hari ini saya menerima suntikan vaksin Covid-19.
“Terima kasih kepada Dr Murugesu dan kakitangan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur atas perkhidmatan yang diberikan.
Syukur, saya tidak alami sebarang kesan sampingan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Ahmad Zahid seterusnya mengajak orang ramai supaya mendaftarkan diri untuk menjadi penerima vaksin Covid-19 menerusi aplikasi My Sejahtera.
“Jangan ragu-ragu dengan vaksin yang disediakan oleh kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

