Hospital Medan Malaysia Cox’s Bazar diserah kepada Bangladesh

0
1

KOMPLEKS Hospital Medan Malaysia (HMM) Cox’s Bazar di Bangladesh telah siap dibina dan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan negara itu semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pesuruhajaya Tinggi Malaysia di Bangladesh, Haznah Md Hashim mewakili kerajaan Malaysia kepada Pesuruhjaya Tinggi Refugee Relief and Repatriation Commissioner (RRRC) Shah Rezwan Hayat yang mewakili kerajaan Bangladesh.

Menurut Facebook Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sempurnanya penyerahan itu sekali gus menamatkan operasi HMM di bumi Cox’s Bazar yang mula berkhidmat sejak Ogos 2017.

HMM merupakan hospital medan tahap tiga pertama beroperasi di Cox’s Bazar bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada lebih sejuta pelarian Rohingya.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan pengoperasian HMM pada 2020 berbanding mandat operasi yang sepatutnya tamat pada Disember 2021.

Dalam ucapan balas Pesuruhjaya Tinggi RRRC, beliau menyatakan jutaan terima kasih kepada Malaysia yang membantu kerajaan Bangladesh bagi menyediakan khidmat bantuan kemanusiaan terbaik kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazar dan penduduk tempatan berhampiran.

Selepas majlis penyerahan aset kepada RRRC, Haznah juga berbesar hati menyampaikan sendiri sumbangan peralatan perubatan dari HMM.

Majlis disempurnakan dengan upacara menandatangani dokumen dan batu monumen sebagai simbolik kepada penyerahan kompleks. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here