Covid-19: 1,208 kes baharu, 3 kematian

0
1

KES jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka terendah untuk tahun ini iaitu 1,208 kes, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 324,971.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada keseluruhan kes hari ini, cuma sembilan kes import dan selebihnya penularan tempatan.

Jumlah kes aktif di Malaysia kini 15,511 dengan 1,973 kes sembuh baharu direkodkan.

Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 379 kes diikuti Sarawak (251), Pulau Pinang (142) dan Johor (118).

Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri Sembilan 80 kes, Kuala Lumpur (61), Terengganu (39), Perak (37), Sabah (29), Kedah (27), Kelantan (25), Pahang (17), Melaka (2), Putrajaya (1), dan masing-masing sifar kes di Labuan dan Perlis.

Sebanyak tiga lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,213 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/covid-19-kes-harian-dijangka-turun-kepada-500-menjelang-mei/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here