Warga emas OKU ditemui rentung

0
1

LELAKI warga emas berusia 80 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung selepas kediamannya di Kampung Tombongon, Kiulu, Tuaran musnah terbakar, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, Chung Pau Sang@Joseph Chung dikatakan tinggal sendirian di rumah berkenaan yang terletak berjauhan dari rumah penduduk lain di kampung itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 11.29 malam. 
“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, keadaan rumah mangsa sudah terbakar kedeluruhannya.
“Operasi pemadaman kebakaran segera dijalankan sebelum api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam,” katanya.
Abdul Qawie berkata, mangsa ditemui rentung sepenuhnya di dalam rumah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here