Jemaah Menteri bincang kompaun RM10,000

0
1

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tujuan kompaun RM10,000 bukan untuk mendenda semua orang tanpa mengira keadaannya.

Beliau berkata, rayuan dan pengurangan pasti boleh dilakukan dan maklumat lanjut mengenai rayuan akan diumumkan agensi berkaitan.

Katanya, isu saman juga dibawa kepada Jemaah Menteri yang bersetuju bahawa kompaun maksimum RM10,000 tidak harus dikenakan tanpa mengira keadaan pesalah.

“RM10,000 itu adalah maksimum, tetapi bukan semua pelanggaran harus dikenakan denda maksimum. Yang pasti, rayuan dibenarkan.

“Contohnya, mereka yang pakai gelang tetapi masih lepak sana sini dan mereka yang berdegil harus dikenakan denda yang keras.

“Tetapi untuk kes yang lebih ringan, denda yang ringan harus dikenakan,” katanya seperti dilaporkan Sinchew Daily.

Beliau berkata, hala tuju isu saman telah dibincangkan Kabinet, tetapi maklumat lanjut akan diteliti dan diumumkan agensi berkenaan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada sebarang isu jika anggota polis mengenakan hukuman kompaun RM10,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, kompaun mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 adalah terpakai kepada semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, ia turut terpakai di semua negeri atau lokaliti selagi SOP terpakai sama ada di kawasan PKP, PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Pemulihan (PKPP).

“Setiap akta undang-undang mempunyai hukuman denda dan kompaun maksimum tersendiri, begitu juga Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Polis juga tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah kompaun itu di lapangan memandangkan ia sudah termaktub dalam akta itu. Tiada isu.

“Jumlah kompaun ini boleh dirayu dan mungkin apabila dirayu, mereka (pesalah) mungkin dikenakan kompaun RM50 sahaja,” katanya,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here