Nilam Oshman
SEBANYAK 1,354 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara meningkat kepada 323,763.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, cuma 14 kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 16,279 dan 1,782 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini.
Selangor terus mencatat kes tertinggi iaitu 577 kes diikuti Sarawak (178), Pulau Pinang (154), Johor (121) dan Perak (101).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Kuala Lumpur (55), Sabah (39), Terengganu (37), Kedah (33), Kelantan (26), Negeri sembilan (21), Pahang (5), Melaka (4), Putrajaya (2), Labuan (1) dan Perlis sifar kes.
Sebanyak empat lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,210 kes. -Malaysiapost

