Selangor henti kupon parkir tahun depan

0
1

PENGGUNAAN kupon parkir di semua tempat letak kereta diurus pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan dihentikan pada 31 Disember ini.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata sistem bayaran digital menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) akan digunakan bagi menggantikan kaedah manual berkuat kuasa 1 Januari 2022.

“Kita akan mewujudkan petak parkir khas (hot zone) di kawasan aliran trafik tinggi dengan mengehad masa maksimum,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sze Han berkata pihaknya juga menyediakan sistem ejen e-parkir sebagai alternatif kepada orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar.

Selangorkini melaporkan, Selasa lalu, beliau mempengerusikan mesyuarat hala tuju pengurusan tempat letak kenderaan PBT Selangor di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam bagi memutuskan perkara berkenaan.

Berhubung petak parkir khas, ia akan diberi nama lebih sesuai yang mesra pengguna dan dikuat kuasa selepas pindaan ke atas jadual di dalam Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) diguna pakai PBT Selangor diwartakan.

Diperkenal pada Julai 2018, SSP digunakan secara meluas oleh PBT negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Aplikasi dibangunkan Smart Selangor Delivery Unit itu selari dengan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Sehingga kini, pengguna berdaftar dengan sistem tempat letak kereta pintar itu melebihi 1.5 juta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here