Lawatan PM ke Asia Barat kejayaan buat Malaysia – Azmin

0
1

LAWATAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) adalah kejayaan buat Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana katanya, kedua-dua negara telah bersetuju untuk meningkat dan memperkukuhkan hubungan diplomatik dan dagang bersama Malaysia.

“Kita bersyukur dan berbangga kerana berkat kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Arab Saudi telah bersetuju untuk memberikan tambahan 10,000 kuota haji buat rakyat Malaysia. Masa sama hubungan Riyadh – Kuala Lumpur terus diperkukuh.

“Saya juga terharu dan gembira mendengar perkongsian YAB PM tentang penghormatan yang diberi kepada beliau dan rombongan ketika menjadi tetamu di Rumah Allah SWT di Makkah Al-Mukarramah dan ziarah kekasih agung, Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawarah,” katanya hari ini.

Mohamed Azmin berkata, UAE juga telah bersetuju untuk melipat gandakan nilai perdagangan ke Malaysia serta memberikan komitmen untuk membantu usaha Malaysia dalam mencerdaskan semula ekonomi pasca pandemik

Usaha itu katanya, melibatkan beberapa sektor utama seperti komoditi, pendidikan, infrastruktur dan pertanian.

Perdana Menteri serta rombongan selamat kembali ke tanah air daripada lawatan rasmi selama enam hari di kedua-dua negara, semalam. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/10/lawatan-ke-arab-saudi-sangat-berjaya-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here