PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi perbadanan itu berkuatkuasa pada 23 Oktober 2020.
PR1MA dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu telah pun dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh tersebut.
Isnin lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat PR1MA di Petaling Jaya kelmarin.
Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan itu berkuatkuasa serta merta. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/09/shahidan-dilantik-pengerusi-pr1ma/

