Senator mohon disenarai penerima awal vaksin

0
1

KERAJAAN diminta menyenaraikan anggota Dewan Negara sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama bersama petugas barisan hadapan. 

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini. 

Menurutnya, pihaknya sudah menyerahkan surat mengenai perkara itu kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pagi tadi.

“Surat itu (bertujuan) menanyakan mengapa senator iaitu anggota Dewan Rakyat tidak dimasukkan dalam senarai penerima utama (vaksin), bersama penggubal undang-undang yang lain seperti anggota Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Saya mengingatkan mereka supaya mengembalikan hak legislatif kepada senator seramai 66 orang itu. Saya bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan hal ini hanya dapat diselesaikan oleh Khairy dan Dr Adham,” katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Sementara itu, semakan pada laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) https://www.vaksincovid.gov.my/ berkenaan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi PICK mendapati Ahli Dewan Negara tidak disenaraikan bersama ahli Dewan Rakyat dan Adun. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here